Wednesday 20 January 2016

Jadual Piala FA 2016


Keputusan Undian Piala FA 2016

Majlis undian perlawanan Piala FA 2016 akan berlangsung pada 9 Januari 2016 di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Selangor. Saingan Piala FA 2016 hanya membabitkan 32 pasukan sahaja iaitu :-
  • 12 pasukan dari Liga Super
  • 12 pasukan dari Liga Premier (Liga Perdana)
  • 8 pasukan terbaik dari Liga FAM
Untuk pasukan dari Liga FAM 2016, perlawanan play-off akan dijalankan bagi memilih 8 pasukan yang terbaik. 

Pasukan dari Liga FAM 2016

  • 1) MOF FC
  • 2) Megah Murni FC
  • 3) Sungai Ara FC
  • 4) MISC-MIFA
  • 5) Hanelang FC
  • 6) Penjara FC
  • 7) Air Asia FC
  • 8) UKM FC
  • 9) Felcra FC
  • 10) Ipoh FA
  • 11) TBC

Pasukan manakah yang bertuah dalam undian kali ini. Untuk makluman, Lions XII adalah juara bertahan Piala FA 2015.


Jadual Perlawanan Piala FA 2016

Berikut adalah keputusan undian Piala FA 2016. Perlawanan playoff Piala FA (pusingan pertama) akan berlangsung pada 30 Januari 2016. Pemenang play off ini akan mengisi slot B2, B4, B6. Perlawanan Piala FA 2016 Pusingan Kedua akan dimulakan pada 19 dan 20 Februari 2016.   

Format Pertandingan

• Semua perlawanan pusingan pertama, kedua, ketiga, keempat dan perlawanan akhir Piala FA dimainkan secara kalah mati satu pusingan.
.
• Perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara perlawanan timbal balik. 

Pusingan Pertama 30 Januari 2016

  1. Megah Murni Vs MISC-MIFA
  2. UKM FC vs Hanelang FC
  3. Kelab Sukan Felcra vs NS Penjara FC

Pusingan Kedua 19 & 20 Februari 2016


    1. B4 vs Kelantan
    2. UiTM FC vs JDT
    3. Kedah vs B2
    4. AirAsia All Star FC vs Selangor
    5. PKNS FC vs Terengganu
    6. Pahang FC vs T-Team
    7. Perlis vs B6
    8. DRB Hicom Vs PDRM
    9. Perak PB Ipoh vs Felda United
    10. Kuala Lumpur Vs Melaka United
    11. Perak vs Sarawak
    12. Sime Darby FC vs JDT II
    13. Kuantan FA vs Pulau Pinang
    14. Shahzan Muda vs ATM
    15. Sg Ara FC vs Negeri Sembilan
    16. Sabah vs KL MOF FC

    Monday 18 January 2016

    Ong Kim Swee dilantik ketua jurulatih skuad Harimau Malaya

    Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu dengan tempoh kontrak selama dua tahun.




    Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad ketika mengumumkan secara rasmi pelantikan itu, berkata Kim Swee perlu memperbaiki kedudukan pasukan Harimau Malaya dalam ranking dunia yang kini menghuni tangga ke-171 kepada 140.

    Selain itu, pelantikan Kim Swee penting dalam persiapan skuad kebangsaan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 dari 28 November hingga 18 Disember, katanya.

    "Kim Swee juga akan membantu Frank Bernhardt untuk mempersiapkan pasukan Bawah 23 Tahun sebelum menghadapi Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2017," katanya pada majlis pengumuman itu, di Wisma FAM, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

    Abdul Mokhtar berkata Pasukan Petugas Khas telah diberi mandat membuat pemilihan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya melibatkan tiga calon - Kim Swee, bekas jurulatih Johor Darul Takzim Bojan Hodak dan bekas jurulatih Sarawak Robert Alberts.

    Beliau berkata Kim Swee, 45, yang berasal dari Melaka, mempunyai pengalaman lebih baik dalam membimbing skuad Harimau Malaya, berbanding calon lain.

    Kim Swee juga perlu mempersiapkan pasukan bagi beberapa perlawanan playoff Kelayakan Piala Asia 2019 pada 2 Jun, 7 Jun dan 11 Oktober.
    Antara anggota panel bagi pemilihan Kim Swee itu, adalah dari Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Persatuan Jurulatih dan beberapa anggota lain.

    Kim Swee pernah menjadi jurulatih skuad Harimau Muda A dari 2009-2014, jurulatih skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan pada 2011-2015 dan merupakan jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, selepas Dollah Salleh melepaskan jawatannya pada tahun lepas.

    3 tugas yang ditetapkan oleh FAM kepada OKS :
    - Membawa Malaysia layak Piala Asia 2019
    - Naikkan ranking negara ke 140 ke atas
    - Final AFF Cup 2016

    Blog bola sepak malaysia dilancarkan !

    Selamat datang !

    Ini ada blog yang memaparkan info berkaitan sukan bola sepak di Malaysia..


    Info seterusnya akan menyusul.

    Terima kasih.